Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee adalah salah satu 
produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di 
seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang 
paling banyak. Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan 
yang berkualiti tinggi. Satu-satunya kandungan di dalam 
ESP hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara 
genetik). Kacang soya ini diproses dibawah suhu yang rendah. 
Info menarik, setiap 1kg ESP adalah dari 30kg 
kacang soya. ESP sangat terkenal sebagai 'energy booster' 
atau pemangkin tenaga, tenaga yang dihasilkan dapat 
bertahan berjam-jam lamanya, bak bateri Energizer.
 
Di dalam Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee terdapat 
22 jenis asid amino dan ESP juga adalah produk 
tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino 
penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan 
oleh tubuh badan manusia sendiri dan ianya sangat sesuai 
diambil oleh semua golongan tua dan muda.
 
Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda 
dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. 
ESP juga lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap 
dengan mudah oleh badan. Ianya juga adalah makanan 
berindex glisemik rendah yang menghasilkan tenaga 
berpanjangan dan rasa kenyang lebih lama.
Berikut adalah khasiat dan faedah ESP yang terpenting:
 
Awet Muda atau Kekal Muda:
Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina 
otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 
jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. 
Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, 
juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Hormon Semulajadi:
Isoflavon yang kaya di dalam soya memberikan fungsi 
yang sama dengan hormon wanita. Membantu menurunkan 
kolestrol, mengelak osteoporosis dan risiko sakit jantung.
Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
Elemen genistein dalam soya telah terbukti dapat 
menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser dari 
merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas 
dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan 
menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. 
Selain dari itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim,  
prostat dan kitaran haid.
 
Kulit Tegang dan Berseri:
ESP membantu merangsang pertumbuhan kulit dan otot 
baru, memudar dan hilangkan kedutan, bertindak 
sebagai anti-penuaan, memberikan kesan kulit berseri dan 
otot menjadi lembut, sekaligus proses pemulihan luka menjadi 
lebih cepat dan parut luka turut hilang.
Pembekal Tenaga Segera:
Memberi tenaga segera kepada tubuh badan dan sistem 
imum juga akan bertambah baik. Jadi masalah keletihan, 
insomnia, migrain, stress dan kemurungan dapat diatasi.
 
Meningkatkan Memori:
Ingatan menjadi lebih kuat, menjadi semakin cergas, 
keupayaan seksual diperbaiki dan lain-lain lagi.
Memulihkan Pigmentasi:
Rambut putih atau uban lambat keluar, mengurangkan 
masalah rambut gugur dan keadaan rambut, juga menghalang 
pigmentasi dan jeragat.
 
Semakin hari semakin ramai yang mengalami kesan positif 
dengan ESP. Kesan positif seperti susu badan bertambah, 
alahan semakin berkurang juga dirasi oleh penggemar ESP. 
ika teragak-agak mahu mulakan rutin pengambilan 
makanan tambahan, ESP adalah pilihan terbaik untuk memulakannya.
 
Tak rugi rasanya jika mengeluarkan sedikit pelaburan 
untuk kesihatan dan kecergasan badan yang 
berpanjangan. Bukankah 'prevention is better than cure'.